Underwater Remotely Operated Vehicle Competition 2013 (UROVeC'13)
Pertandingan merekacipta robot di bawah laut atau Underwater Remotely Operated Vehicle
Competition (UROVeC) merupakan sebahagian daripada program yang dirancang
bersempena sambutan Hari Lautan Sedunia (World
Oceans Day) pada tahun ini. Program UROVeC’13 ini dijadualkan akan
berlangsung pada 3 dan 4 Jun 2013, bertempat di Pusat Maritim Putrajaya.
Pertandingan ini dibuka kepada semua sekolah teknik
di Malaysia di mana setiap kumpulan adalah terdiri daripada 4 orang pelajar dan
sorang guru selaku penyelia. Peserta akan dibekalkan dengan peralatan utama
untuk membangunkan Remotely Operated
Vehicle (ROV) semasa sesi taklimat pertandingan dan diberi tempoh masa yang secukupnya
untuk menyiapkan rekacipta dengan bantuan guru sekolah. Sesi taklimat akan
dilakukan mengikut zon yang akan ditetapkan kelak oleh pakar dalam kejuruteraan
sains marin.
Semasa pertandingan, peserta dikehendaki memberi penerangan berkenaan hasil rekacipta serta konsep yang telah digunapakai untuk membangunkan ROV tersebut. Selain itu, hasil rekacipta tersebut akan diuji di dalam kolam renang berdasarkan cabaran yang telah ditetapkan. Peserta akan dinilai berdasarkan kreativiti, tambah nilai dan kebolehan untuk membangunkan ROV.
Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk:
- Mencungkil bakat merekacipta serta kreativiti pelajar dalam penghasilan ROV yang bukan saja berupaya untuk bergerak malah mampu melaksanakan tugasan yang diberikan;
- Meningkatkan pemahaman pelajar sekolah dalam pengaplikasian teori dan konsep sains dan teknologi dalam bidang kejuruteraan sains marin khususnya ROV; dan
- Menyuntik minat serta kecenderungan pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan sains marin.
Pertandingan ini yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian
Pelajaran Malaysia, The Institute of Marine Engineering, Science and Technology (RINA-IMaREST), Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Teknologi Malaysia, dan Universiti Teknologi Melaka yang turut melibatkan beberapa siri taklimat
serta bantuan teknikal secara praktikal kepada peserta bagi membolehkan konsep
sains dan teknologi rekacipta ROV digarap sepenuhnya oleh peserta.
UROVeC'10 - sepintas lalu
Pertandingan ini telah julung kali diadakan pada tahun 2010 juga bertempat di Pusat Maritim Putrajaya. Penyertaan dari sekolah-sekolah semasa UROVeC'10 adalah sangat memberansangkan, seterusnya membawa kepada penganjuran pertandingan pada tahun ini untuk kali ke dua. Berikut disertakan sebahagian aksi dan suasana sebelum dan semasa pertandingan UROVeC'10 yang sempat dirakam melalui lensa kamera dan dipersembahkan melalui foto di bawah, juga pada rakaman video:
Jadual sesi taklimat pertandingan dan penyerahan komponen utama:
TARIKH
|
ZON
|
MASA / LOKASI
|
8 MEI 2013
(RABU)
|
PANTAI TIMUR
|
11.00 PAGI
BILIK MESYUARAT,
INSTITUT OSEANOGRAFI DAN SAINS MARIN,
UNIVERSITI MALAYSIA
TERENGGANU
|
9 MEI 2013 (KHAMIS)
|
UTARA
|
11.00 PAGI
BILIK SEMINAR,
PUSAT PENGAJIAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK,
UNIVERSITI SAINS
MALAYSIA
|
10 MEI 2013
(JUMAAT)
|
TENGAH
|
10.00 PAGI
BILIK MESYUARAT FAKULTI KEJURUTERAAN
ELEKTRIK,
UNIVERSITI TEKNIKAL
MELAKA
|
14 MEI 2013
(SELASA)
|
SABAH
& SARAWAK
|
9.00 PAGI
BILIK MESYUARAT,
SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI,
UNIVERSITI MALAYSIA
SABAH
|
Maklumat kepada peserta (Guru dan pelajar sekolah teknik):
Dokumen dan maklumat tambahan berkaitan pertandingan ini boleh dimuat turun melalui pautan yang disertakan seperti di bawah.
1. Borang pendaftaran UROVeC (pdf)
1. Borang pendaftaran UROVeC (pdf)
Untuk maklumat lanjut sila emel ke : mynodc@mosti.gov.my